Cristiano Ronaldo Menyamar Sebagai Penghibur Jalanan Di Madrid

Cristiano Ronaldo telah melakukannya sekali lagi – dengan menyamar sebagai orang lain demi menghiburkan peminatnya!

cr2

Pada awal Januari tahun ini, bintang bola sepak Real Madrid telah menyamar sebagai seorang freestyler jalanan sambil dirakam dalam video. Video tersebut menjadi viral dengan jumlah tontonan di YouTube mencecah lebih 5 juta views.

Dalam video tersebut, beliau mempamerkan aksi-aksi menggelecek dan ball tricks sambil mengajak pejalan kaki yang lain bermain bersamanya.

Sebelum memulakan aksi jalanannya, Ronaldo disolek dan dipakaikan body suit untuk menutup identiti sebenarnya. Dengan berambut panjang, berjaambang penuh dan berkaca mata, beliau turun ke bandar Madrid bersama seekor anjing putih dan memulakan persembahannya.

cr1

cr3

cr4

Bagaimanapun, pada awalnya persembahan Ronaldo tidak mendapat respons yang baik dari orang ramai.

cr6

cr5

Seorang gadis cantik juga enggan memberikan nombor telefonnya kepada beliau.

cr7

cr8

Kredit kepada Ronaldo kerana terus membuat persembahan walaupun tidak mendapat sambutan dari orang ramai.

cr9

Walau bagaimanapun, seorang budak lelaki datang dan bermain bola bersamanya. Gelagat mereka bermain bola bersama-sama mencuri perhatian pejalan kaki lain kerana skil gelecekan luar biasa yang dipamerkan Ronaldo.

cr10

Selepas bermain bersama, Ronaldo menandatangani bola dan memberikannya kepada budak yang bernama Nicolas itu. Beliau kemudiannya membuang janggut dan solekan palsunya untuk mendedahkan identiti sebenarnya.

Reaksi Nicolas ketika menyedari beliau baru sahaja bermain bola dengan Cristiano Ronaldo sangat priceless.

pricelessreaction

cr11

Baca juga: XHERDAN SHAQIRI MENYAMAR SEBAGAI JURULATIH TUA BERSKIL TINGGI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN