Asian Champions League: Champions League Untuk Orang Asia

Seperti di Eropah, Amerika Selatan dan benua lain, benua Asia juga tidak ketinggalan untuk mempunyai kejohanan bola sepak benua untuk kelab serantau.

Antaranya ialah Liga Juara-Juara Asia atau Asian Champions League (ACL).

Ia merupakan saingan tertinggi bagi kelab-kelab Asia. Setaraf dengan Liga Juara-Juara Eropah di Eropah dan Copa Libertadores di Amerika Selatan.

Bagi saingan yang menyamai Liga Europa atau Copa Sundamericana, Piala AFC adalah jawapan bagi benua Asia. Kejohanan ini baru ini dimenangi oleh wakil negara, JDT.

1. Pengenalan

Saingan bagi kelab-kelab di Asia bermula pada 1967 dengan nama Asian Champions Club Tournament. Ketika ini kelab-kelab yang bertanding dijemput oleh AFC.

Kelab dari Israel, Hapoel Tel Aviv telah dinobatkan sebagai juara sulung (ketika itu Israel masih di dalam naungan AFC) selepas menewaskan Selangor.

selangor

Jadi boleh dikatakan Selangor juga pernah berjaya mencipta nama dalam saingan tertinggi Asia.

Asian Champions Club Tournament kekal dipertandingkan sehingga tahun 1971.

Bagaimanpun ia dihentikan selama 14 tahun kerana kekurangan minat daripada kelab-kelab di Asia.

Dan pada 1985, ia kembali dengan nama baharu iaitu Asian Club Championship. Sejak daripada itu, format pertandingan ini sering berubah-ubah.

Dan pada 2002, AFC mewujudkan saingan yang diberi nama Liga Juara-Juara Asia ataupun AFC Champions League (ACL).

2. Format ACL



ACL dipertandingkan secara round-robin sebanyak 6 kali.

32 pasukan dari seluruh Asia bermain dalam 8 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan setiap satunya.

Disebabkan saiz benua Asia yang amat besar, AFC membuat keputusan untuk membahagikan 4 kumpulan dikhaskan untuk pasukan dari Asia Barat sahaja.

Baki 4 kumpulan lagi dikhaskan untuk pasukan dari Asia Timur.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terakhir.

Juara kumpulan akan menentang naib juara kumpulan lain, dengan syarat mereka tidak menentang wakil dari negara yang sama.

Jika di Eropah, pasukan yang menduduki tangga ke-3 Liga Juara-Juara Eropah akan bertanding di Liga Europa pula. Tetapi ini tidak berlaku di Liga Juara-Juara Asia.

Apabila tiba di peringkat suku akhir, undian akan dilakukan secara rawak. Jadi ada kemungkinan pasukan dari negara sama akan bertembung sesama sendiri.

ACL menggunakan format timbal balik bermula dari saingan 16 terakhir hinggalah ke perlawanan akhir.

Juara ACL akan mewakili benua Asia ke Piala Kelab Dunia FIFA. Western Sydney Wanderers merupakan wakil AFC pada kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA 2014 yang lepas.



Tetapi juara ACL tidak akan layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan.

3. Agihan slot

Untuk menentukan slot bagi setiap negara di Asia, AFC menggunakan sistem yang hampir serupa dengan apa yang digunapakai oleh UEFA di Eropah.

Tetapi ada sedikit kelainan, AFC menitikberat beberapa kriteria seperti pemasaran (marketibility) dan kualiti pengurusan stadium dan pengurusan liga negara pasukan terbabit.

Rata-rata liga dan pasukan yang profesional seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan Emeriyah Arab Berrsatu mudah untuk mendapat slot yang banyak dan slot penuh (direct entry) tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.



Namun bagi liga-liga lain di Asia, mereka masih lagi sukar untuk mendapat slot penuh.

Contohnya di Malaysia, JDT tidak mendapat slot automatik kerana bermain dalam Liga Super yang membenarkan penyertaan sebuah pasukan kebangsaan (Lions XII).

Oleh itu, JDT hanya mendapat satu slot pusingan kelayakan sahaja.

Dibawah ini adalah sedikit trivia mengenai ACL :

  • Juara bertahan: Western Sydney Wanderers/Australia
  • Juara terbanyak: Pohang Steelers/Korea Selantan (3 kali)
  • Liga terbaik: (Korea Selatan) 10 juara dari Liga Korea Selatan
  • Penjaring terbanyak ACL 2014: Asamoah Gyan (Al-Ain/UAE)
  • Pemain terbaik ACL 2014: Ante Govic (Western Sydney Wanderers/Australia)
  • Fair-Play terbaik: Al-Hilal (Arab Saudi)
  • Jarak terjauh perjalanan sebuah pasukan: 13,000 km (Western Sydney Wanderers dan Al-Hilal – Perlawanan akhir ACL 2014)

4. Liga Juara-Juara Asia adalah milik kita

Terdapat dua tujuan penulis dalam menulis artikel ini. Pertama adalah untuk memperkenalkan kepada pembaca mengenai selok-belok kejohanan ini.

Dan yang kedua adalah untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya kejohanan Asia.

Di Malaysia, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kita memandang enteng cabaran di Asia.

Antaranya, sikap pengurusan pasukan sendiri. Mereka menganggap saingan Asia cumalah meletihkan pemain.

Ini berbeza di Eropah dimana gergasi Eropah merasakan saingan piala berskala kecil di domestik hanya membuang masa bagi mereka.

Seterusnya, kurangnya siaran dan promosi mengenai kejohanan ini di negara kita.

Di negara kuasa besar Asia, ACL adalah satu perkara mustahak namun tidak bagi kita.

Mungkin kerana kita tidak pernah mempunyai wakil yang beraksi dalam kejohanan ini.

Tidak salah untuk kita mengikuti bola sepak di Eropah dan tempat lain. Namun, kita juga perlu meraikan Liga Juara-Juara Asia.

Siapa tahu akan ada juara dari negara kita menewaskan gergasi Jepun ataupun Arab Saudi? Jika Thailand mampu, kenapa tidak kita?



5. Kesimpulan

Liga Juara-Juara Asia merupakan saingan terulung untuk kelab-kelab di Asia dan kita harus meraikan dan mengangkatnya sepertimana kita menjulang Liga Juara-Juara Eropah.

Apakah pendapat pembaca semua? Nyatakan di ruangan komen!

Dalam artikel seterusnya, kita akan membuka fail arkib dengan membicarakan peristiwa Helicopter Sunday pada 2005.

Baca juga: Kenali Omar Abdulrahman. Asian Wonderkid Yang Manchester City Tak Dapat Beli

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN