Analisis Taktikal Piala Eropah 2016 ( Perancis 5 v Iceland 2); High Line Zonal Marking Iceland Rapuh

Perancis Selesaikan Urusan Dalam 43 Minit

Dalam masa cuma 43 minit pasukan Perancis sudah boleh dikira membunuh perlawan dengan 3 gol. Ia dikunci lebih rapat apabila 2 minit selepas itu dengan gol Antoine Griezmann pada minit ke-45.

Perancis menuju bilik persalinan dengan bergaya menduhului 4-0.

Statistik separuh masa pertama
Statistik separuh masa pertama

Permulaan

Perancis bermula dengan formasi 4-4-1-1 /4-2-3-1. Manakala Iceland bermula dengan rigid 4-4-2.

Taktikal Perancis

Tidak dinafikan Perancis jauh lebih baik daripada Iceland dalam perlawanan ini. Namun persoalan utama adalah, kemampuan mereka untuk bertahan dengan formasi 4-4-1-1/4-4-2.

Mereka nampak agak rapuh ketika bertahan dalam formasi ini berbanding dengan formasi yang menggunakan 3 midfielder (4-3-3/4-3-2-1).

Saya kagum dengan cara mereka bermain 4-4-2 ketika menyerang namun pasukan ini tidak ada winger yang benar benar tipikal winger 4-4-2.

Mungkin Kante adalah pemain yang akan memperbaiki isu ini jika Dechamps mahu menggunakan sistem double pivot.

Cuma persoalannya, mereka selepas ini akan berhadapan Jerman yang memiliki permainan dinamik di bahagian sayap.

Bayangkan jika Jerman mengekalkan formasi 3-5-2 atau Perancis menentang pasukan seperti Itali atau Wales yang menggunakan sistem wingback.

Isu Sistem Midfielder 4 atau Midfilder 3 Perancis

Ia adalah aspek yang harus dipertimbangkan dengan sebaik baiknya dengan mengambil kira pelbagai aspek teknikal dan taktikal.

Mungkin mereka akan bermasalah dengan sistem 4-4-2 mereka. Dalam penerangan di atas, Perancis sukar untuk bermain 4-4-2 sebenar dengan pemain yang mereka ada.

Tidak dinafikan Sissokho dan Payet telah memberikan Griezmann peluang untuk bermain di posisi lebih bebas di kawasan tengah.

Sekali lagi beliau dan Giroud memberikan impak yang baik dengan platform formasi seperti ini.

Iceland mencipta 11 peluang gol dalam perlawanan ini, kurang cuma 1 sahaja berbanding Perancis.

Payet agak lemah dalam membantu fullback mereka ketika bertahan. Ini yang menyebabkan mereka pada berberapa ketika kelihatan rapuh ketika diserang Iceland melalui sayap.

Sissoko lebih baik daripada Payet untuk track back kerana sifat dia yang sebenarnya box to box

Seterusnya adalah, isu menangani cross terutama di kawasan Payet-Evra. Mereka agak sukar mengeluarkan cross dalam situasi bola mati dan open play.

Iceland menjaringkan 2 gol melalui hantaran lintang.

opn

Peranan Griezmann Sebagai Floating Attacker

Sejak daripada awal lagi saya berpendapat beliau akan lebih efektif dengan role yang lebih kepada no.10. Dalam perlawanan ini beliau diletakkan di posisi di belakang striker.

Hasilnya memang luar biasa. Namun, isu sekarang adalah aspek width pasukan Perancis yang meletakkan Sissoko dan juga Payet.

Dari segi serangan mereka lebih baik di width,namun dari segi bertahan sebagai unit mereka agak ada sedikit isu.

Jadi, Deschamps mungkin harus mengekalkan role Griezmann di belakang Giroud dan cuba mencari sistem terbaik untuk beliau.

Deschamps ada berberapa hari untuk memberikan arahan agar Payet lebih menjadi winger tradisional dalam sistem 4-4-2.

Ini kerana Sagna dan Evra bukan pemain yang benar benar stabil untuk memenangi duel.

Iceland Sangat Lemah Bermain Medium & High Line

Saya memuji usaha mereka untuk bermain di medium line dan high line. Namun mereka amat lemah untuk mematikan serangan ketika diserang.

Idea ini mungkin wujud kerana pada separuh masa kedua menentang England mereka berjaya bermain dengan high line. Tetapi kali ini mereka agak hancur.

Bahkan, pemain low pace seperti Olivier Giroud boleh menewaskan mereka di high line

li1

Pengurusan defensive line yang lemah memudahkan pemain Perancis melepasi perangkap Ofsaid dengan mudah. Ia juga diburukkan dengan aksi di bawah par salah seorang penjaga gol terbaik dalam Piala Eropah kali ini.

Beliau ditewaskan Giroud di near post untuk gol pertama Perancis.

Isu Organisasi Zonal Marking – Ruang (Zonal Marking – Space Organization) Iceland

Iceland bermain zonal marking di dalam perlawanan ini. Namun mereka gagal untuk menguruskannya dengan lebih sistematik.

Pasukan ini seharusnya memberikan penekanan kepada jarak di antara pertahanan, terutama di back 4 yang bermain di high line.

space

Compactness yang adalah perkara yang subjektif. Ada pasukan memilih untuk mengetatkan compactness, ada pula yang tidak.

Namun aspek terpenting adalah organisasi ruang yang sistematik supaya tidak terlalu rapuh bila berdepan dengan pasukan yang ada pemain laju atau lincah.

Iceland bermain dalam sistem yang lebih kepada zonal marking dalam perlawanan ini. Sebelum ini, mereka lebih kepada tight man marking.

Di bawah ini juga testimoni teruk yang melibatkan space marking oleh mereka. Ada pemain cuma dalam walking pace.

Lebih teruk lagi, tidak ada pelan zonal marking yang lebih baik seperti mana mereka menentang Portugal.

sa

Saya merumuskan ia sebagai perubahan yang gagal dilakukan oleh pemain mereka dengan baik. Kesemua 5 gol adalah kerana kelemahan zonal marking mereka.

zona;

2 kali ditewaskan di high line, 2 kali ditewaskan di udara dan sekali ditewaskan di luar kotak penalti kerana terlalu banyak ruang diberikan kepada Giroud, Griezmann dan Payet untuk melakukan lay off.

Verdict

Ia adalah perlawanan dengan jumlah gol terbesar dalam kejohanan kali ini. Perancis berhak menang secara mutlak dalam perlawanan ini.

Iceland melakukan pertukaran taktikal ketika bertahan dan membawa kepada kos yang sangat besar untuk ditanggung.

Perancis pula sekali lagi mendapatkan yang terbaik daripada Griezmann apabila beliau bermain di floating role seperti yang beliau lakukan sebelum ini berbanding dengan bermain di posisi lain.

Iceland menutup kempen dengan rekod tertinggi dalam sejarah bolasepak mereka. Mereka masih menjadi antara pasukan yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Persoalan yang menarik adalah, adakah Perancis akan mengekalkan 4-4-1-1 ini atau kembali ke 4-3-3. Saya berpendapat mereka lebih baik bermain 4-3-3 tetapi kontranya adalah di mana Griezmann akan diturunkan.

Dalam berberapa perlawanan awal mereka menggunakan 4-3-3 dengan attacking 3 Griezmann-Giroud-Payet.
Terdapat isu dengan width apabila Griezman tak efektif bermain di wide area.

Jadi, kini Deschamps akan mempertimbangkan banyak perkara. Ini kerana 4-4-1-1 efektif ketika menyerang dan mereka mendapatkan yang terbaik daripada Griezmann dan Giroud.

Namun, Perancis telah membuktikan ketajaman mereka di hadapan gol dan ia adalah aspek penting untuk mereka. Pemain seperti Payet dan Griezmann berterusan menjadi ancaman di hadapan gol.

Man Of The Match

Antoine Griezmann

sq

Statistik

asasa

[adrotate banner=”9″]

Baca Juga: Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Perancis v Republik Ireland (2-1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN