Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Jerman v Slovakia (3-0)

Bolasepak intensif tinggi Jerman terlalu sukar untuk Slovakia !

Ia adalah beza dia antara 2 kualiti yang berbeza, Jerman dan Slovakia. Dalam perlawanan ini kami merungkai bagaimana Jerman melakukan tugasan mereka dengan lancar.

Sebelum ini, Slovakia telah menewaskan Jerman 3-1 dalam perlawanan pemanas badan sebelum Piala Eropah 2016.

Taktikal Jerman

Tekanan Jerman dari awal

Jerman menekan pasukan Slovakia di sempadan tinggi. Mereka cuba mengawal perlawanan secara total dan saya boleh katakan mereka berjaya, terutamanya pada separuh masa pertama.

Mereka berkembang daripada 4-2-3-1 kepada 3-4-3 atau 3-3-4. Slovakia pada masa yang sama agak baik dalam memecahkan mereka menerusi counter attack namun produk akhir Slovakia adalah 0.

Ini adalah purata posisi pemain Jerman pada 25 minit pertama. Tengok betul betul arrow serangan.

11

Ini adalah purata kawasan permainan kedua dua pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

ac

Heatmap di bawah adalah heatmap Jerome Boateng yang menujukkan pemain pertahanan ini lebih banyak bermain di kawasan lawan berbanding kawasan sendiri.

1

Jerman bermain dengan tempo yang tinggi untuk memastikan serangan mereka sampai cepat ke final third dan melakukan final products.

2

Gol pertama Jerman adalah melalui aksi individu yang berkelas dunia. Boateng melakukan half volley di celah celah dua pertahanan Slovakia.

boateng-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

Jerman cuba menggunakan seluruh kawasan padang untuk mencari ruang masuk ke dalam kawasan blok pertahanan Slovakia. Kroos dan Khedira efektif dalam tugasan spreading the passes.

Jerman masih ada isu dengan kualiti shots. Mereka ada 21 cubaan gol namun cuma 7 sahaja yang on target. Jerman mempersia siakan berberapa lagi peluang gol.

Isu space marking masih perlu diperbaiki Jerman kerana ada berberapa situasi mereka diancam oleh masalah kerana isu ini.

Ia memaksa Jerman melakukan 21 tackles, dan lebih banyak daripada pasukan yang lebih defensif Slovakia.

Taktikal Slovakia

Slovakia melakukan 2 fasa pertukaran taktikal di bahagian serangan. Fasa pertama adalah dengan sistem 4-1-4-1 yang lebih rigid dan defensif.

Mereka banyak bertahan dengan ramai pemain dan cuba mengecewakan pemain Jerman dengan kerja kerja defensif mereka.

slovakia-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

Walaubagaimanapun mereka tetap berjaya mencipta berberapa peluang hasil daripada berberapa kelemahan pertahanan Jerman terutama sekali isu space marking back 4 Jerman yang bukanlah terlalu kental.

Namun Slovakia sangat tidak klinkal dalam perlawanan ini.

Fasa kedua adalah sistem yang menggunakan Hamsik untuk lebih aktif di serangan pada separuh masa kedua dengan sistem 4-5-1. Pada awal separuh masa kedua mereka berjaya melancarkan berberapa serangan melalui sistem ini.

g1

Namun agak mengecewakan adalah pengurusan Zonal marking mereka yang lemah dalam berberapa situasi. Gol Draxler adalah kerana isu ini.

g4

Manakala satu lagi gol sebelum itu adalah melalui Mario Gomez. Ia adalah kerana poor marking oleh Martin Skrtel dan kegagalan mereka untuk mematikan ancaman Draxler.

Kredit juga kepada Draxler yang melakukan gerakan ala Brazillian no.10 dan mencipta assist.

draxler-assist-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

Dari segi berberapa aspek, pertahanan Slovakia tetap melakukan tugas yang baik. Mereka melakukan 18 tackles dan 23 clearances dalam perlawanan ini.

Verdict

Ia adalah kemenangan yang adil untuk pasukan yang lebih banyak menyerang dengan kualiti pemain yang terbaik. Jerman mungkin pasukan yang terbaik di planet setakat ini dengan kualiti yang mereka ada.

Slovakia pula gagal dalam pelan defensive mereka apabila dibolosi awal dalam perlawanan ini. Saya menjangkakan mereka cuba mengulangi taktikal mereka ketika mengecewakan England.

Satu persembahan yang dominan oleh sang juara dunia.

Man Of The Match

Julian Draxler (1 gol 1 Assist)

Statistik
stas

sasa

[adrotate banner=”9″]

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN