Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi

Dalam liga domestik sejak akhir akhir ini, saya sering melihat Kedah sebagai antara pasukan yang boleh memberikan masalah kepada JDT.

Namun kali ini skuad Tan Cheng Hoe serba serbi hancur dalam semua aspek.

Permulaan

JDT memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1. Manakala Kedah bermula dengan 4-4-2 dengan Amar Rohidan sebagai pemain tengah dan gandingan Shane Smeltz-Thiago Augusto sebagai pengemudi jentera serangan.

Berikut adalah beberapa isu taktikal yang saya perhatikan telah berlaku dalam perlawanan tersebut.

1. Pertahanan Kedah bocor di half-space

Kegagalan Kedah melindungi blok penting ketika bertahan adalah punca terbesar mereka bolos 5 gol dalam perlawanan ini.

Kesilapan demi kesilapan seluruh pemain Kedah ketika menguasai bola membuatkan mereka gagal untuk fokus menyerang dan cuba bangkit.

Tambah parah, kesilapan-kesilapan ini sering berlaku di kawasan paling berbahaya di padang iaitu half-space.

Kredit perlu diberikan kepada ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang berani mengambil risiko untuk menyuruh 4 pemain pertahanannya bermain dengan garisan defensif tinggi (high defensive line).

Bek kiri dan kanan Kedah, Azmeer Yusof dan Rizal Ghazali pula diarahkan untuk kerap mara ke atas untuk membantu serangan Kedah melalui kawasan sayap.

9

Masalah mula timbul apabila kawalan ketat (man-marking) yang dilakukan oleh 2 pertahanan tengah Kedah – Khairul Helmi dan Bang Seung Hwan – terhadap Juan Lucero dan Jorge Diaz mula mendedahkan ruang di half-space antara pertahanan tengah dan bek kiri/kanan.

Ruang inilah yang diserang dan dieksploit berkali-kali oleh JDT.

8

Kecelaruan organisasi 4 pertahanan Kedah ini bukan sahaja menghancurkan perangkap ofsaid Kedah (strategi biasa bagi pertahanan pasukan yang bermain garisan defensif tinggi), malah memberi JDT ruang selesa untuk menyerang.

10

2. Tiada komunikasi di belakang

Isu kedua adalah ketiadaaan komunikasi di bahagian pertahanan hingga menyebabkan pemain-pemain Kedah bagaikan kaku ketika bertahan (ball watching) dan kerap melakukan kesilapan-kesilapan ketika bertahan (defensive error).

Apabila tiada komunikasi dan organisasi daripada Khairul dan Bang dari belakang, maka dengan secara sendirinya Kedah ‘menembak kaki mereka sendiri’ dengan bermain garisan defensif tinggi.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecelaruan Kedah di belakang ini menghadiahkan ruang yang maha besar kepada penyerang-penyerang JDT yang laju dan mempunyai kualiti teknikal yang baik – terutamanya Diaz.

se

65

3. Kedah kerap salah membuat keputusan di belakang

Sudah menjadi adat pasukan yang gemar menguasai bola seperti Kedah, mereka harus tenang ketika memegang bola.

Tetapi apabila pemain-pemain Kedah terlalu kasual ketika mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan kerap melakukan keputusan yang salah ketika ditekan, JDT kerap berjaya merampas kembali bola di kawasan padang Kedah.

5

6

4. Serangan Kedah terlalu mudah dibaca

Tampil dengan gandingan Smeltz-Thiago, Kedah ternyata berdepan dengan isu kesefahaman di bahagian serangan.

Sudahlah pelan serangan mudah dibaca, Kedah boleh dikatakan tiada kreativiti untuk menukar strategi serangan meskipun mempunyai Liridon Krasniqi untuk melakukan tugas tersebut.

Fokus Tan Cheng Ho pada awal-awal perlawanan adalah untuk memberikan servis hantaran lintang kepada Smeltz dan Thiago. Ini menjelaskan sebab mengapa posisi Rizal dan Azmeer agak jauh ke hadapan ketika Kedah menyerang.

Tetapi apabila pelan asal tidak menjadi, Tan Cheng Hoe harus mengambil pendekatan lain. Pelan B mesti ada.

Memang diakui mereka berjaya mencipta beberapa peluang bahaya dari kawasan sayap. Tapi kebanyakannya daripada Baddrol Bakhtiar di sayap kanan.

5. JDT memenuhi kotak penalti

Dalam berberapa analisis saya tentang taktikal JDT, saya kerap memberitahu tentang taktikal Mario Gomez yang gemar menghantar pemain tambahan dari tengah ke dalam kotak penalti apabila pemain sayap mereka mempunyai bola di kawasan sayap final third.

Dengan memenuhi (overloading) kawasan kotak penalti Kedah, JDT sentiasa berjaya mencipta banyak situasi kelam-kabut.

Ideanya adalah untuk mewujudkan kelebihan jumlah pemain (numerical advantage) di dalam kawasan berbahaya ketika menerima hantaran.

l

Safiq Rahim seperti biasa, antara pemain yang efektif menjadi pemain tambahan ini. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Amar Rohidan kerap gagal mengesan larian-larian Safiq ini.

111

6. JDT bertahan dengan baik

Berbeza dengan Kedah, JDT mengawal half-space dan membentuk blok defensif yang kompak ketika diserang Kedah.

Dalam rajah di bawah anda akan dapati, JDT tidak bermain garisan defensif tinggi dan sentiasa mengawal kawasan-kawasan penting,

13

Kedah bagaimanapun masih mampu mengancam JDT pada awal-awal separuh masa pertama dengan beberapa peluang keemasan (clear cut chances), tetapi JDT masih mampu mendapat clean sheet hasil aksi cemerlang Farizal Marlias.

Sebaik sahaja berjaya merampas bola, JDT segera melancarkan transisi pantas kepada fasa serangan mereka di bahagian sayap.

Transisi serangan JDT juga ada variasi kerana pada masa yang sama, Harris Harun dan Safiq Rahim ada kemampuan untuk membawa bola naik ke atas dari tengah.

7. Sistem no.6 Kedah rosak

Seorang pemain yang Kedah pasti rindui kali ini adalah pemain no.6 mereka, Amirul Hisyam.

Mempunyai kualiti seperti deep-lying playmaker, Amirul kerap menawarkan platform untuk menjadi pivot (pemain rujukan) ketika Kedah merancang serangan (build-up) dari bawah.

Kualiti Amirul ini membolehkan bek kiri/kanan Kedah untuk naik atas membantu serangan Kedah di bahagian sayap.

Amirul juga kerap membantu Kedah daripada dikerumuni (outnumbered) pemain pihak lawan apabila diserang balas ketika bek kanan, Rizal Ghazali dan bek kiri, Azmeer Yusof masih berada di kawasan middle third atau final third.

Pengganti Amirul dalam perlawanan tersebut, Amar Rohidan gagal menggalas tugas Amirul dengan baik.

Ini membuatkan Liridon kerap turun ke bawah untuk membantu rancangan serangan Kedah, sekaligus menyebabkan Smeltz dan Thiago kelihatan terasing (isolated) dari jentera tengah mereka.

15

121

Kesimpulan

Kecelaruan organisasi pertahanan Kedah adalah punca kenapa mereka gagal memberikan saingan dalam perlawanan ini. Inilah isu yang harus diperbaiki Kedah selepas ini.

Kedah boleh dikatakan hilang fokus untuk menyerang sepanjang perlawanan kerana terlalu mudah dibolosi oleh pihak lawan.

Dalam beberapa situasi, Kedah dilihat masih ada kualiti di hadapan gol.

Mereka berjaya memaksa Farizal Marlias untuk melakukan beberapa cubaan menyelamat walaupun peluang mereka terhad.

Untuk JDT, mereka berada di kelas tersendiri dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya memanipulasi kelemahan Kedah bermain garisan defensif tinggi dengan efektif sekali.

Pemain terbaik perlawanan

Safiq Rahim (JDT)

download

Baca juga: Analisis Taktikal AFC Cup: JDT 7-2 Kaya FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN