6 Pemain Paling Setia Yang Wajib Anda Tahu (Bahagian Dua)

Sudahkah anda membaca bahagian satu untuk artikel ini? Jika belum, anda boleh bacanya terlebih dahulu di sini:

6 Pemain Paling Setia Yang Wajib Anda tahu (Bahagian Satu)

Kepada yang sudah membaca bahagian satu, mari teruskan pembacaan anda di sini. Kami persembahkan kepada anda, 6 pemain paling setia kelab bola sepak zaman moden yang harus anda tahu.

5. Matthew Le Tissier

Sedang pemain lain dalam senarai kami bermula dari youth team dari kelab ternama dan kekal disana dan memungut pelbagai kejayaan, lain pula ceritanya dengan Matt Le Tissier. Dia memulakan dan menghabiskan sepanjang kariernya di Southampton meskipun berbakat besar dan mendapat tawaran untuk beraksi untuk kelab yang lebih besar.

Le Tiss telah menyarung jersi Saints sebanyak lebih 500 kali dan menolak tawaran kelab besar lain seperti Totenham Hotspurs dan Chelsea dan setia di stadium St.Mary untuk lebih 16 tahun. Dia juga dikatakan antara pemain terbaik di dunia dalam mengambil sepakan penalti apabila berjaya menjaringkan 47 dari 48 percubaan.

Kehebatan dan kesetiaan Le Tiss kepada kelab membuatkan penyokong The Saints memberikannya jolokan “Le God”.

4. Francesco Totti

Masih gagah sebagai pemain bola sepak walaupun telah berusia 38 tahun selain menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Seria A, Francesco Totti telah bermain lebih 700 perlawanan untuk Roma sejak tahun 1989.

Playmaker yang kreatif ini cukup dikenali kerana abiliti teknikal dan kemahirannya menjaringkan gol. Totti disebut-sebut sebagai antara pemain Itali terbaik sepanjang zaman, antara yang terbaik dari generasinya dan juga pemain terbaik yang pernah dimiliki oleh Roma. Dakwaan ini jelas kerana Totti telah menghabiskan seluruh kerjaya bola sepaknya di Roma dan menjadikannya sebagai pemain yang paling banyak beraksi untuk Roma. Totti juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Roma.

Media Itali juga menggelarkan Totti dengan pelbagai gelaran seperti Il Bimbo d’Oro (The Golden Boy), Il Re di Roma (The King of Rome), Er Pupone (The Big Baby), dan Il Gladiatore (The Gladiator) .

Pada tahun 2004, Totti turut tersenarai dalam FIFA 100. Senarai itu merupakan senarai pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman yang dipilih oleh Pele sebagai meraikan ulang tahun penubuhan FIFA ke 100.

3. Xavi & Puyol

Apabila anda dilahirkan dari salah satu kelab terbaik di dunia pada zaman kegemilangannya, tiada sebab munasabah untuk anda berhijrah ke kelab lain. Carles Puyol dan Xavi merupakan pelajar yang lahir dari akademi La Masia dan meneruskan kesetiaan mereka untuk Barcelona sepanjang karier gemilang mereka.

Kedua mereka telah memenangi tiga gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah dan telah enam kali menjuarai liga.

Puyol telah bermain untuk Barca sebanyak 682 kali sebelum bersara sebagai pemain Barca pada penghujung musim lalu, manakala Xavi pula masih beraksi di Nou Camp dah sudah melepasi 550 penampilan.

2. Franco Baresi

Seperti Maldini, Franco Baresi juga telah bermain di Milan selama 20 tahun. Gabungan Baresi dan Maldini menghasilkan gabungan pertahanan yang cukup kental dan menjadi nadi kejayaan kepada dominasi AC Milan di Serie A pada awal 90-an.

Baresi digelar sebagai Piscinin, yang bermaksud “The Little One” di Milan. Walaupun dengan jolokan demikian, dia dikatakan antara pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman dan turut tersenarai di tangga ke-19 dalam senarai 100 permain bola sepak terbaik abad ke 20. Dia juga telah menjadi kapten kepada AC Milan selama 15 tahun.

6 kejuaraan Serie A, tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan baresi turut menjadi tunjang utama kepada kejayaan Itali memenangi Piala Dunia 1982. Dia juga tersenarai dalam Italian Football Hall Of Fame pada tahun 2013. A living legend.

1. Rogerio Ceni

Kita beralih dari Eropah dan ke benua Amerika Selatan. Kita di Brazil dan untuk bersama Rogerio Ceni, one man club untuk Sao Paulo. Ceni telah bermain untuk Sao Paulo selama hampir 25 tahun dari tahun 1990 sehingga kini.

Sewaktu membuat penampilannya yang ke 618, (termasuk dari penampilan sewaktu pasukan belia), Ceni memakai jersi bernombor 618. Setahun kemudian, dia juga menjaringkan gol kemenangan dari sepakan penalti ketika menentang kelab Mexico, CD Guadalajara. Gol itu juga meletakkan Ceni menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tricolor di pentas Libertadores.

Selain tangkas menjaga gawang, penjaga gol ini juga amat mahir melakukan freekick dan pakar mengambil sepakan penalti. Ceni juga telah menghasilkan lebih dari 100 gol sepanjang kariernya dan pernah mewakili Brazil sebanyak 16 kali.

Lihat sahaja klip aksi gol ke-100 Ceni ini. Sepakan freekick nya memang benar-benar mengagumkan. Harus diingat bahawa klip ini telah diupload sejak tiga tahun lalu, namun sehingga hari ini, Ceni masih lagi bermain dengan menyarung jersi kelab Sao Paulo.

Adakah senarai pemain kami menepati cita rasa anda?

Natijahnya, terdapat lebih ramai pemain one man club yang terdapat di dunia yang kami tidak dapat senaraikan disini. Namun, kesemua pemain yang dipilih adalah melalui pembacaan dan penelitian kami.

Semoga kalian mendapat input yang baru dari artikel ini.

Untuk info tambahan:

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_one-club_men

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN