5 Sebab Pemain Malaysia Akan Tersontot Dalam J League

Malaysia mempunyai ramai bakat bakat muda yang menyerlah terutama pasukan bawah umur 15 dan 17. Tapi apabila jejak umur 21 tahun, prestasi yang diharapkan terus melonjak ke tahap lebih tinggi tidak kesampaian. Kebanyakkan akan mendatar dan menurun.

Buang tepi mengenai persatuan ( artikel akan menyusul ), kita mahu tahu apa yang kita boleh lakukan sebagai seorang pemain yang mahu maju kehadapan.

Baca: Bagaimana Struktur J League Memacu Kemajuan Bola Sepak Jepun

1) Mentaliti

Perkara ini menjadi faktor pertama yang menyumbang kepada kegagalan untuk menembusi liga terbaik Asia ini – J League. Kita perlu membunuh rasa rendah diri dan tanamkan sikap yakin serta positif untuk menenggelamkan pemain negara matahari terbit ini. Seperti mana pemain Jepun, perkara pertama yang akan ditekankan adalah keyakinan terhadap diri sendiri dan semangat untuk melawan demi tanah tumpah darah sendiri. Kemudian barulah diasuh dengan cara dan didikan bagaimana untuk “membunuh” lawan.

2) Fizikal
Dari segi fizikal, kita semua tahu bahawa tiada jurang yang nyata antara Malaysia dan Jepun. Apa yang membezakan adalah kepantasan dan kejituan serta kualiti individu dan pasukan. Kepantasan ini hanya dapat dimaksimakan dengan latihan berterusan mengikut perancangan yang betul. Ini memerlukan kerja dari pelbagai pihak untuk menyediakan “tools”, tetapi perlu diingat, tanpa “determination” pemain, semua ini tidak kemana.

Tahap stamina dan endurance pemain perlu tinggi disebabkan kita bersaiz kecil. Kita memerlukan kepantasan dan ketahanan untuk berlari dengan laju dalam tempoh masa lama untuk mengatasi pemain bersaiz lebih besar.

3) Teknik / Kemahiran

Usaha untuk meningkatkan kemahiran dan teknik yang berkesan memerlukan usaha dari pemain dan barisan jurulatih yang berwibawa. Ia juga perlu disesuaikan dengan keupayaan pemain itu sendiri. Perlu ada satu pasukan yang akan memantau sejauh mana keupayaan pemain, dan menentukan apakah teknik latihan yang perlu dimaksimakan berdasarkan potensi pemain itu sendiri. Mungkin pegawai sains sukan mampu menyelesaikan permasalahan ini.

Jepun bukan sahaja mempunyai barisan jurulatih taktikal kebangsaan malah mereka mempunyai pasukan yang sentiasa memantau kondisi pemain serta mencari pemain yang berkeupayaan untuk memenuhi keperluan pasukan untuk bersaing ditahap tertinggi.

4) Keinginan / Usaha

Setiap pemain profesional perlu mempunyai satu keinginan untuk menjadi yang terbaik dari yang lain. Mereka tidak boleh berpuas hati dengan keadaan semasa dan perlu mempertingkatkan lagi keupayaan sendiri. 80% faktor kejayaan adalah dari pemain itu sendiri dan bukan orang lain. Jurulatih, pakar motivasi. pakar kecergasan dan sebagainya adalah sebagai penunjuk jalan yang betul sahaja, namun tanpa keinginan untuk maju, tidak kemana.

Di Jepun, keinginan untuk menjadi yang terbaik dikalangan rakyatnya, memainkan faktor terbesar. Mereka korbankan segalanya bagi memenuhi keinginan tinggi untuk maju dalam bola sepak serta memberitahu dunia jangan memandang rendah kepada negara mereka.
Usaha tangga kejayaan.

5) Diet / Pemakanan

Ini juga antara faktor terpenting dalam karier sebagai atlit sukan. Bergelar pemain profesional tidak semudah disangka oleh orang kebanyakkan. Banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk menyediakan diri kepada latihan meningkatkan prestasi. Jepun sejak dari sekolah rendah lagi mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Mereka juga membuat kajian diet pemakanan ahli sukan mengikut keperluan sesuatu sukan itu.

Sebagai contoh, mereka kekurangan pemain yang mempunyai ketinggian lebih 180cm dalam bola sepak. Ada penyelidik yang mengkaji apakah yang perlu dibuat untuk menjadikannya sebagai realiti.

Jarak kita semakin jauh!

Baca: Bolehkah Pemain Bola Sepak Merokok Jika Persembahan Mereka Tak Terjejas?

**Artikel ini disumbangkan oleh Fanpage J League Malaysia. Like J League Malaysia di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai J League.

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak (artikel lepas geram, cadangan dan sebagainya) dan hantar artikel tulisan anda ke [email protected] dan kami akan siarkan di laman web kami.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

kredit featured image: malaysia-pes.blogspot.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN