5 Cara Meraikan Gol Yang Paling ‘Rare’ Dan Ikonik Dalam Bola Sepak Moden

Setiap pemain mempunyai cara tersendiri dalam meraikan gol yang mereka jaringkan.

Ada yang meraikan dengan cara yang biasa dan mudah, ada juga yang melakukan aksi akrobatik.

Jadi kami himpunkan 5 cara meraikan gol yang paling ikonik pernah dihasilkan dalam bola sepak.

Peraturannya mudah, cara meraikan gol ini haruslah berlaku pada tahun 2000 ke atas. Ia juga tak boleh terlalu kerap dilakukan seperti gaya ‘Right Here Right Now’ (gambar bawah) oleh Cristiano Ronaldo.

1200

1. Thierry Henry vs Toronto FC (2013)

Ketika masih bermain untuk New York Red Bulls di Major League Soccer (MLS), Henry mencipta satu trend yang dipanggil ‘Henrying’.

Sumber: KickTV
Sumber: KickTV

Trend itu berlaku selepas Henry meraikan gol dengan cara yang santai tapi penuh bergaya ketika menentang Toronto FC pada September 2013.

Henry yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan, meraikan gol dengan hanya bersandar pada tiang gol kerana kebetulan bekas penyerang Arsenal itu betul-betul dihadapan tiang gol.

Gol itu merupakan gol ke-400 dalam kariernya, dan lebih menarik pelbagai ‘meme’ dicipta hasil dari ‘celebration’ itu.

screen-shot-2016-09-03-at-2-07
Sumber: knowyourmeme.com

2. Bafetimbi Gomis vs Manchester United (2015)

aJJWbcp

Cara meraikan gol yang dilakukan oleh Bafitimbi Gomis menjadi terkenal apabila bekas pemain Swansea City itu menjaringkan gol ketika menentang Manchester United musim lepas.

Cara Gomis menjaringkan gol yang persis seperti seekor harimau kumbang itu adalah ‘tribute’ kepada Salif Keita (gambar bawah), lagenda kelab Saint-Etienne; kelab beliau memulakan karier bola sepaknya.

21 Sep 1969, Saint-Ouen Salif Keita (asse) Red star/Asse (1-5)

Keita merupakan pemain Mali sekitar zaman 70-an. Beliau juga adalah lagenda AS Saint-Etienne. Nama gelarannya adalah ‘The Black Panther’.

Keita menjadi lagenda kelab apabila menjaringkan 125 gol daripada 149 penampilan.

Selepas era Keita, AS Saint-Etienne menjadikan harimau kumbang sebagai simbol kelab.

3. Mario Balotelli vs Manchester United (2012)

promo262455627

Tempoh masa Mario Balotelli di Premier League tidaklah begitu lama. Namun impak yang diberikan sangat besar.

Ketika beliau menjadi pemain Manchester City, Balotelli terpalit dalam pelbagai insiden kontroversi sepanjang berada disana.

Ketika menentang Manchester United yang berakhir dengan kemenangan 6-1 kepada City, Balotelli meraikan gol keduanya dengan menayangkan mesej di baju dalamnya yang bertulis: Why Always Me?

Balotelli enggan menyatakan maksud tersirat disebalik ayat tersebut. Namun ia dipercayai mesej luahan hatinya yang letih dikaitkan dengan berita-berita kontroversi oleh media Inggeris.

Sehari sebelum perlawanan ikonik itu, media melaporkan bilik air banglo mewahnya terbakar selepas dipercayai menjadi tempat kawan-kawannya bermain mercun. Media menyalahkan Balotelli atas kejadian tersebut.

4. Lionel Messi vs Real Mallorca (2011)

maxresdefault (3)

Lionel Messi meraikan hatriknya ketika menentang Real Mallorca dengan menunjukan siapakah ‘bos’ di atas padang!

Dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 5-0 memihak Barcelona itu, Messi yang menjaringkan 3 gol meraikan jaringannya dengan cara biasanya – menunjukkan dua jari telunjuk ke langit.

Namun, ia tidak berakhir di situ.

Messi kemudiannya ternampak kamera yang sedang fokus ke arahnya, membilang jumlah jaringannya dengan mengunakan jari sebelum mengenyitkan matanya di hadapan kamera tersebut.

5. Nicklas Bendtner vs Portugal (2012)

slide_233296_1108042_free

Ketika di EURO 2012, penyerang Denmark ini mencipta kontroversi dengan meraikan gol dengan cara menunjukkan seluar dalamnya!

Bendtner yang meraikan gol keduanya dalam perlawanan itu menunjukkan seluar dalamnya yang tertera nama syarikat perjudian, Paddy Power.

Tindakannya itu menjadi sensasi di Internet. Tetapi ia juga salah di sisi undang-undang UEFA kerana Bendtner memaparkan jenama yang bukan menjadi pengiklan EURO 2012.

Akibatnya Bendtner didenda oleh UEFA sebanyak £80 ribu serta digantung satu perlawanan kerana kesalahan itu.

Baca juga: 10 Cara Meraikan Gol Yang Membuatkan Anda Tertanya: Berbaloikah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN