5 Kerjaya Impian Peminat Bola Sepak Yang Anda Boleh Cuba

Sejak dari kanak-kanak bermain bola sepak, kita pastinya mengimpikan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Gaji besar berbanding pekerjaan lain, bermain bola sepak setiap minggu, bekerja 3 kali seminggu dan berpeluang melawat banyak negara luar – pemain bola sepak profesional adalah kerjaya impian semua peminat bola sepak.

Tetapi bukan semua orang mampu menjadi pemain bola sepak profesional.

Daripada kecederaan panjang, tiada kemudahan, bakat tidak dikesan, tidak mendapat restu ibu-bapa sehinggalah tiada bakat (seperti kami), menjadi pemain bola sepak profesional bukanlah mudah.

Jadi dalam artikel ini, kami mencari 5 pekerjaan yang anda boleh cuba jika anda tidak mempunyai cukup bakat untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Lebih bagus lagi, semua kerjaya ini memerlukan minat tinggi terhadap bola sepak sebagai syarat kelayakan!

1. Jurulatih bola sepak

img_6337

Berbeza dengan pandangan orang ramai, menjadi jurulatih bola sepak bukan semudah menghantar email permohonan sahaja.

Anda perlu belajar dahulu. Anda perlukan pengetahuan tentang drill latihan teknikal, taktikal dan kecergasan dalam bola sepak.

Anda juga perlukan keghairahan yang tinggi dalam bola sepak kerana kerja ini tidak terhenti di atas padang sahaja.

Seperti kerjaya lain, anda perlukan kelayakan untuk menjadi jurulatih dan dibayar sebagai jurulatih. Untuk mendapat kelayakan ini, anda perlu berkorban masa, wang dan tenaga – sebagaimana yang anda lakukan ketika di sekolah, kolej dan universiti untuk mendapat kelayakan bekerja di tempat kerja anda sekarang.

2. Penulis bola sepak

gunnerblog-compressed

Jika anda rajin membaca buku-buku dan artikel-artikel bola sepak, menulis tentang bola sepak pasti akan memberi kepuasan kepada anda.

Dengan kehadiran media sosial, anda boleh menulis tentang bola sepak dimana-mana dan pada bila masa sahaja. Jika anda mahu hasil tulisan anda dibayar, anda sentiasa boleh menulis untuk majalah Four Four Two Malaysia, WhatCulture atau menghantar manuskrip tulisan anda ke penerbit-penerbit buku.

Apa yang bagusnya, tiada tarikh tutup untuk menghantar tulisan anda!

10635705_10152908106305805_2930597643243839122_n

3. Pelapor data perlawanan

11062697_901360066573059_5367324303767247469_n

Seperti yang anda maklum, data-data yang dibekalkan oleh syarikat statistik data seperti Opta adalah komponen penting dalam analisis perlawanan bola sepak.

Opta mengutip data dengan memasang beberapa kamera di stadium. Setakat pengetahuan kami, Terengganu FA adalah satu-satunya pasukan di Malaysia yang mempunyai teknologi analisis data seperti ini.

Tetapi ada juga syarikat statistik data yang mengutip data perlawanan dengan menghantar seorang pelapor data ke stadium. Pelapor data ini sentiasa berkomunikasi dengan call center mereka melalui telefon.

Pelapor data ini selalu disalah anggap sebagai bookie oleh peminat bola sepak tempatan. Mereka biasanya dibayar sekitar €50 (RM200) hingga €150 (RM600) satu perlawanan.

bayaranpelapordata

4. Ejen pemain

article-2309190-1953E093000005DC-648_634x464

Ejen pemain adalah campuran beberapa jawatan dalam satu kerja.

Secara umumnya, ejen pemain bertanggungjawab:

  1. mencari pasukan untuk kliennya (pemain)
  2. merunding kontrak klien dengan kelab/pasukan
  3. mengurus keperluan klien (membeli kereta, rumah dan sebagainya)
  4. mencari klien baru apabila diminta oleh kelab/pasukan

Jadi kerja ejen ada persamaan dengan kerja peguam yang mewakili anak guamnya di mahkamah.

Di bawah peraturan FIFA, ejen pemain perlu mendaftar untuk mendapatkan lesen kelayakan. Lesen dikeluarkan oleh FAM. Setiap ejen akan sentiasa diuji oleh FAM melalui peperiksaan mandatori setiap 2 tahun sekali.

5. Syarikat penaja

Hak penajaan pasukan besar Eropah memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Pasukan Eropah yang ditaja mendapat wang penajaan manakala syarikat penaja mendapat pendedahan komersil yang luas di peringkat global.

Syarikat penerbangan, elektronik dan insurans adalah syarikat yang kerap menaja pasukan besar Eropah.

Syarikat penerbangan Emirates mempunyai hak penajaan di Arsenal sehingga 2019. Hak penajaan syarikat elektronik Samsung bersama Chelsea baru sahaja berakhir pada musim 2015. Syarikat insurans AIA pula menaja jersi Tottenham Hotspurs sehingga 2019.

Paling menguntungkan adalah pekerja-pekerja syarikat ini. Mereka mempunyai peluang dijemput ke sesi latihan, lunch bersama pemain dan sesi autograf bersama pemain-pemain ternama. Seperti yang dialami sendiri oleh peminat Harry Kane ini.

11303548_10153330044839719_1825106631_n


11253829_10153330044764719_1928919488_n

11304184_10153330045714719_1007396581_n

11292724_10153330046639719_1545914934_n

Adakah anda sedang mencari kerjaya impian anda? Anda mencari persekitaran kerja yang fanatik dengan bola sepak seperti anda?

Sertai program Special Talent Search (STS) AIA!

Seperti yang kami beritahu tadi, AIA mempunyai hak penajaan bersama Tottenham Hotspurs sehingga 2019. Ini bermakna jika anda menyertai program STS ini, anda mempunyai banyak peluang istimewa untuk bertemu dengan Harry Kane dan pemain Spurs yang lain.

Kelayakan: Minima sijil SPM

Kelebihan:

  1. Allowance bermula dari RM2,000 sebulan hingga RM5,000 sebulan selama setahun untuk bermula sebagai life planner (bergantung kepada kelayakan).
  2. Bonus setiap 3 bulan dan insentif pelancongan percuma kepada yang layak.

Kepada yang berminat, anda perlu hadir ke AIA Public Takaful Business Preview

  • Tarikh: 5 Jun 2015 (Jumaat)
  • Masa: 8.30 malam
  • Tempat: AIA Public Takaful Wangsa Maju

Bagaimana untuk memohon program STS AIA?

Cepat, add beliau di Facebook atau whatsapp beliau sekarang!

Tanya juga bagaimana beliau boleh memberi perlindungan RM1,000,000 bagi setiap ahli keluarga anda.

 

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN