5 Benda Yang Biasa Anda Nampak Dalam Perlawanan Bola Sepak Sekolah

1. Majoriti pemain gagal menahan bola dengan baik.

Bila tahan bola, bola mesti melompat. Kemudian, cikgu-cikgu mereka memekak:

First touch mana??

Terlalu banyak pemain di sekolah-sekolah yang menahan bola seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.


2. Pemain tidak sayangkan bola

Bukan sahaja defender, sampai-sampai ke pemain tengah buat perangai clear bola tak tentu hala. Orang tak ada, ribut tak ada – dapat bola sahaja kau dah menggelabah nak clear. Nak tau apa sebabnya?

Sebabnya yang duduk tengok bola tu yang sibuk bising:

Clear je bola tu..!!

soccer-coach-funny1


3. Pemain tidak tahu nak gerak ke mana bila bermain

Benda ni selalu jadi kepada penyerang terutamanya. Bila pasukan kau hilang bola, kau turun sampai ke zon midfield. Kemudian bila pasukan kau dah dapat bola, kau masih berlegar-legar di kawasan midfield. Kata nak jadi striker, kau pergilah cari ruang antara dua pertahanan tengah atau di ruang yang dikosongkan full back lawan.

Bila kau masih berlegar-legar di kawasan midfield, winger kau dah bkur tak tahu nak passing kepada siapa. Lepas tu bila dia blur dan hilang bola, kau pergi marah dia. Striker apa benda kau ni?

Sebelum kau mengaku kau striker, tengok dulu video di bawah ini untuk perbaiki off the ball movement.


4. Defender sepak goal kick untuk goalkeeper

Seriously goalkeeper? Kau mengharapkan defender kau untuk buat goal kick?

Apa jadi bila team lawan push up gila-gila dan offside line kau berterabur sebab seorang defender kau ambik goal kick? Kan masalah tu..

3694919686_58e5b25926


5. Cikgu-cikgu sekolah suka pakai sistem pertahanan stopper-last man 

Tolonglah hentikan sistem pertahanan yang lapuk dan ortodoks ni.

Sistem stopper-last man ini bukan sahaja menggalakkan budaya clear bola tak tentu hala dan kecederaan kepada pasukan menyerang, malah menyusahkan pasukan sendiri untuk membuat perangkap ofsaid. Untuk mendedahkan kelemahan pasukan yang menggunakan sistem ini mudah sahaja. Arahkan seorang striker kau untuk stay melekat dengan last man ketika menyerang.

Home vs Away - Football tactics and formations

Tak percaya kau cubalah.

Jadi kepada cikgu-cikgu bola semua, ajarlah anak-anak murid anda bermain dalam sistem centreback pairing yang normal. Tolonglah.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN