149-0 : Kisah Jaringan Bola Sepak Terbesar Dunia

Ini adalah perlawanan bola sepak dengan rekod jaringan paling besar dalam sejarah. Perlawanan ini menyaksikan kemenangan AS Adema keatas Stade Olympique L’Emyrne (SOE) dengan jaringan 149-0 sewaktu perlawanan playoff kejuaraan Liga Madagascar tahun 2002.

Keputusan 149-0 itu adalah dari perlawanan rasmi dan turut memecahkan rekod Guinness Book of Records untuk perbezaan jaringan terbesar dalam sejarah bola sepak. Rekod itu sebelum ini dipegang sewaktu perlawanan rasmi Arbroath menentang Bon Accord pada tahun 1885 dengan rekod jaringan 36-0.

afc-36-0team

Arkib: Foto pasukan Arbroath FC yang menang 36-0.

Namun dalam 90 minit masa sebenar perlawanan, tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana bagaimana sebanyak 149 gol dihasilkan?

Jumlah tersebut memang sukar dijaringkan oleh sesebuah pasukan, namun bagaimana jika pasukan lawan juga turut membantu mereka?

Sebenarnya, SOE menyertai pertandingan itu dengan rasa yang kecewa. Ini kerana mereka tahu, sejak awal lagi mereka tahu bahawa pasukan AS Adema sudah diatur untuk memenangi pertandingan itu. Pengadil juga telah dibayar untuk tujuan itu.

Apabila mengetahui hal sebenar, SOE telah memutuskan untuk melakukan protes yang luar biasa. Ketika wisel perlawanan ditiup oleh pengadil, pemain-pemain SOE terus menjaringkan gol sendiri tanda protes.

Sungguh teruk sehinggakan pemain AS Adema tidak perlu menyentuh bola langsung dan tidak perlu berusaha untuk mendapat 149 gol ini.

goleadas

Kontroversi dikatakan apabila SOE telah diikat 2-2 oleh pasukan DSA apabila sepakan penalti diberikan pada penghujung perlawanan kepada DSA sewaktu SOE mendahului 2-1.

Keputusan pada minggu ke dua terakhir liga itu telah membinasakan peluang SOE untuk mengatasi AS Adema dalam kejuaraan liga. Jadi dalam perlawanan seterusnya, SOE mengambil keputusan untuk memprotes keputusan pengadil dengan menjaringkan gol sendiri secara berulang-ulang sehingga 149 gol.

Penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut menyatakan bahawa selepas sepak mula, pemain SOE akan menyepak bola ke arah gol mereka sendiri, dengan penjaga gawang hanya akan menyaksikan bola itu masuk.

FMF

Selepas perlawanan itu, Federasi Bola Sepak Madagaskar (FMF)telah menggantung jurulatih SOE, Zaka Be untuk tempoh tiga tahun dan empat orang pemain dari pasukan yang sama sehingga penghujung musim. Pemain lain dari pasukan SOE dan pasukan lawan juga diberi amaran yang keras kerana bersekongkol dalam insiden tersebut. Bagai manapun, pengadil perlawanan tidak dikenakan sebarang tindakan.

Keputusan perlawanan tersebut bukan sahaja menjadi simbol protes paling bodoh dalam dunia bola sepak, tapi juga merupakan kekalahan terbesar yang direkodkan dalam lipatan sejarah.

 

madagaskar

Adakah bola sepak Madagaskar selucu kartunnya?

MORAL: Jika anda bermain bola sepak dan tidak puas hati dengan keputusan pengadil, selalunya anda takkan menang. Buatlah protes apapun. Bertabahlah.

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN