10 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Pentas Piala Eropah 2016

Piala Eropah 2016 kali bakal menjadi pentas audition bagi ramai pemain-pemain muda Eropah untuk memikat hati scouts kelab-kelab besar Eropah.

[adrotate group=”2″]

Antara bintang yang berjaya naik disebabkan persembahan cemerlang ketika Piala Eropah adalah seperti Andrei Arshavin, Ivan Rakitic, Milan Baros, David Villa dan Fernando Torres.

Berikut antara 10 pemain muda yang dilihat mampu menyinar dalam saingan Piala Eropah 2016.

1. Breel Donald Embolo (Switzerland)

Breel Embolo merupakan penyerang kelahiran Cameroon yang kini sudah mengumpul 9 caps antarabangsa bersama Switzerland dan 1 gol.

Menjadikan Mario Balotelli sebagai inspirasi, penyerang muda FC Basel ini memiliki teknik penyudah yang tajam selain fizikal yang kuat.

2. Renato Sanches (Portugal)

Bintang muda Portugal yang sedang meningkat naik ini baru saja melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich dengan bayaran yuran perpindahan sebanyak £35 juta.

Baru berusia 18 tahun, tetapi sudah pun mengesahkan tempatnya sebagai pemain kesebelasan utama Benfica yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2016 baru-baru ini, Sanches terkenal dengan kupayaan fizikal yang keras dan tetapi memiliki kualiti seperti playmaker.

3. Dele Alli (England)

Baru berusia 20 tahun, Dele Alli kini merupakan nama wajib dalam kesebelasan kelabnya, Tottenham Hotspur dan negaranya, England.

Mempunyai teknik hantaran dan vision yang baik, Alli juga tiada masalah membantu pasukannya dalam fasa bertahan dan tidak takut dalam pertarungan fizikal.

4. Anthony Martial (Perancis)

Pemain yang disebut-sebut sebagai the next Theiry Henry ini baru sahaja menghabiskan musim pertama yang baik di Manchester United, ketika pemain United yang lain mempamerkan persembahan buruk.

Buktinya adalah 17 gol yang dijaringkannya pada musim pertama di Old Trafford. Ia bukan tugas mudah untuk pemain yang baru tiba di England. Apatah lagi untuk pemain yang baru berusia 20 tahun.

Mempunyai larian pantas dan skil gelecekan yang memukau dalam situasi 1v1, Martial juga mempamerkan ketenangan luar biasa ketika menjaringkan gol – ala Thierry Henry.

5. Hector Bellerin (Sepanyol)

Pemain DNA Barcelona ini baru sahaja menikmati musim yang menakjubkan di Arsenal.

Bermula sebagai pemain pilihan ketiga Arsenal di posisi bek kanan di belakang Mathieu Debuchy dan Calum Chambers, kini Bellerin pula yang membuatkan masa depan kedua-dua pemain tersebut nampak samar di Arsenal.

Mempunyai kepantasan larian yang luar biasa (lihat lariannya ketika merampas bola daripada Bafitimbi Gomis), Bellerin juga mempamerkan disiplin pertahanan yang bagus.

Ini ekaligus menjadikan beliau seorang full back moden yang ideal.

6. Federico Bernardeschi (Itali)

Penyerang sayap berusia 22 tahun ini merupakan pemain yang paling muda dalam skuad Itali dalam kempen Piala Eropah kali ini.

Persembahan cemerlangnya bersama Fiorentina membuatkan Antonio Conte tak teragak mengetepikan Franco Vazquez, Sebastian Giovinco dan Domenico Berardi daripada skuad Itali kali ini.

Gemar bermain di sayap kanan walaupun berkaki kiri, Bernardeschi mahir menggelecek dan sangat kreatif – memnyebabkan beliau kadangkala diberi tugas sebagai wide playmaker – ala David Silva untuk skuad Sepanyol.

7. Ozan Tufan (Turki)

Pemain Fenerbahce yang baru berusia 21 tahun ini merupakan antara pemain generasi baru Turki yang sudah pun mencipta nama sebagai pemain kesebelasan utama Turki apabila sudah mengutip 23 caps antarabangsa.

Bermain di posisi defensive midfielder, Tufan tiada masalah untuk menggunakan skil gelecekannya untuk membantu jentera serangan.

Sekali-sekala, beliau juga gemar membuat percubaan dari luar kotak penalti memandangkan beliau mempunyai teknik rembatan yang sangat baik.

8. Julian Weigl (Jerman)

Impak anak muda kelahiran Bad Aibling, Jerman ini semakin mendapat perhatian selepas mengharungi musim cemerlang bersama Borussia Dortmund.

Dengan 51 penampilan untuk kelabnya pada musim lepas, Weigl merupakan tonggak utama Thomas Tuchel.

Mahir membaca permainan serta memiliki teknik hantaran yang tepat, membolehkan Weigl pakar mengekang serangan pihak lawan dengan terjahan bersih dan interceptions.

9. Arkadiusz Milik (Poland)

Ketika pusingan kelayakan Piala Eropah 2016, Milik menjaringkan 6 gol untuk menjadikan beliau salah satu penyerang muda yang wajar diberi tumpuan.

Di peringkat kelab pada musim lepas, Milik menyumbang 21 gol dalam 31 penampilan bersama Ajax Amsterdam.

Bakal digandingkan dengan Robert Lewandowski dalam skuad Poland, Milik mampu menggalas tugas menjaringkan gol sebaik Lewandowski. Apa yang beliau perlukan adalah peluang untuk membuktikannya.

10. Divock Origi (Belgium)

Penyerang kelahiran Ostend, Belgium ini merupakan antara tonggak muda yang mengalami saat-saat renaissance di bawah kendalian Jurgen Klopp di Liverpool.

Peningkatan ini penting selepas Origi pernah diundi sebagai pemain paling teruk pernah beraksi dalam Ligue 1 ketika dipinjamkan ke Lille pada awal musim lepas.

Mahir menggelecek dan mempunyai larian yang laju (sehingga kerap diletakkan di posisi sayap oleh Marc Wilmots), Origi mempunyai kualiti untuk mengetepikan saingan Romelu Lukaku, Michy Batshuayi dan Christian Benteke sebagai penyerang no.1 Belgium.

Apa yang beliau perlukan adalah peluang bermula sebagai kesebelasan utama Belgium.

[adrotate banner=”9″]

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Adan Nabil. Jika anda mahu boleh menulis artikel tentang bola sepak seperti beliau dan mahu artikel anda disiarkan di laman web kami, hantarkan artikel anda ke [email protected]

Baca juga: Bagaimana Untuk Menyebut Nama Pemain Piala Eropah 2016 Dengan Betul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN